KMS dihatiku
Memandangkan tak lama lagi adik adik batch 99 nak masuk matrik, so saya nak bercerita sikit pasal life kat matrik ni . ohh btw , saya dari kolej matrikulasi selangor hehe hai junior ! and saya batch 16/17 which is batch yg ke 7 di kms sebab korang tau laa kan kms ni matrik baru . Okay , lets talk about kms . KMS ni terletak di Banting , Selangor , so for those yg stay dekat kl or area berdekatan tu dekat je nak ke kms ni dalam sejam lebih gitu . Nanti minggu first korang kat sana , korang kene hadap dgn mppb (minggu pengurusan pelajar baru) . Batch kita Alhamdulillah masa bulan puasa , so tkde lah aktiviti lari lari bagai masa waktu siang tu , just ada aktiviti ldk dgn pensyarah and malam solat terawih . Cuma nanti penat sikit lah ehh adik adik sebab masa mppb ni semua benda kene cepat . Paling penting kene TEPATI MASA . Lepas mppb habis , korang akan ada minggu asimilasi . ni minggu nak adapt dgn cara belajar kat matrik dan masa ni jugak untuk sesape yg nak tukar modul tu boleh lah tukar nanti . In shaa Allah ada rezeki dapat je tukar . Kat matrik ada tiga aliran which is sains,akaun and teknikal . tapi kt kms ada akaun dgn sains je dan saya student sains modul 3 yeahh ☺☺☺ .
![]() |
| view dari bangunan makmal |
![]() |
| Dari kiri: blok mira,aquila,blok canopus |
Aliran sains ada modul 1(math,bio,chemist,physic),modul 2(math,chemist,physic.science computer) dan modul 3(math,chemist,bio,science comp) . Okay jujur nak bagitau yg science computer tak lah susah mana sbb saya dulu pun tk pernah belajar pasal science comp tapi kat matrik amik science comp. Sem 1 science comp kira subjek yg senang lah juga sbb ada 4 bab je pastu cuma kene hafal je lah hehe cuma masa sem 2 susah sikit sebab ada bab programming . Mostly student modul 2 & 3 tk berapa gemar bab ni termasuk lah saya tapi kita belajar , learning is fun right ? hahahaha .
![]() |
| Kesayangan saya SM3K3P3 (masa last lab bio huhu) |
KMS dibina dlm bentuk bulat hahaha yang pasti korang In shaa Allah takkan sesat . KMS ni lain daripada lain tau , bangunan kat kms kebanyakkannya dinamakan dgn nama nama bintang . Dewan yg paling "hot" dekat kms ialah dewan Antares , kenapa hot ? sbb dewan ni mmg panas mcm sauna dah kalau duk ramai ramai . hmm nnti korang rasalah sendiri okayy heheh . Pastu ada bangunan pentadbiran (tk igt dah nama apa hehe) , kt sini ada kubikel(bilik guru) tmpt korang nak jumpa lecturer or nk consult ke nanti,ada bangunan bilik tutor dan dewan kuliah(saya rindu dewan kuliah huhu ),library,dewan andromeda(ni tmpt budak sains amik exam nanti) ,aquila(bangunan pelajar) ada kedai runcit,koop.Dataran Kosmik pulak tempat student lepak malam malam dgn satu kelas sambil tgk pemandangan malam kms yg cantik sangat sangat dan bangunan yg paling penting sekali kt kms Surau ASSUFI Asrama pulak untuk perempuan ada 3 blok (mira,polaris,vega) , yg lelaki pulak ada 2 blok (canopus dan capella).
Okay, ni je yang saya sempat share buat masa nih . Thank you and goodluck junior . Jangan risau bila dgr org kata matrik ni susah la apa semua, yang penting niat korang kat sini nak belajar . So dh dapat peluang mcm ni belajar betul betul , susah tu mmg susah tapi bila diri kita ni kuat in shaa Allah yang lain tu boleh handle . Allah ada bantu korang :) paling penting ingat mak ayah juga . hehe all the best !!!!



Comments
Post a Comment